Monday, 8 July 2013

Ikan Bakar Ala Portuguese

Ok harini aku jadi chef express jap. Tah hape mood tetibe rase rajin pulak nk masak2 ne. Heheheheh so awal2 pagi lagi lepas hantar mak aku g keje dan kebetulan aku off so sempat la singgah pasar. Dalam otak sebenarnyer mmg tgh pikir2 nk masak ape. Tetibe teringat nk try buat ikan bakar ala portugis haa. Sblom ni ade la jugak aku sempat 'google' resepi. Ingat-ingat lupa laa bahan2 nye. Buat ikut style sndiri la..
So aku kongsi la sket sebyk gambar n resepi yg ade. Selamat mencuba. ;)


Bahan utama
4 ekor ikan kembung. (Ikan pari/sotong ikot suka la)
3 camca besar minyak bawang putih (resipi dibawah)
3 camca besar cili kisar/cili boh
1 camca teh gula
1 1/2 camca teh garam
2 3 biji limau nipis untuk diperah
2 biji cili merah untuk perhiasan
4 5 batang sayur bendi
Daun pisang dan aluminium foil

Bahan Tumbuk/Kisar
2 biji buah keras
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 2 batang serai
1 keping hirisan lengkuas
1 tangkai bunga kantan
1 camca minyak


UNTUK MINYAK BAWANG PUTIH
Bahan Minyak Bawang putih
1/2 cawan minyak masak
6 ulas bawang putih (lebih pon boleh), ditumbuk.

Panaskan minyak dengan api perlahan, masukkan bawang putih dan goreng garing. Matikan api dan alih minyak dalam bekas. Sejukkan.

P/s: Yang ni aku share je la aku punya kunci or petua 'masak sedap'. Aku mmg suka masak ape2 guna minyak bawang putih buatan sndri.

CARA-CARANYA
Ikan dibersihkan, dikelar2 dan perap dengan air asam jawa/limau/lemon agak2 dalam 10 minit. Cuci dan toskan ikan.
Campur semua bahan2 kisar bersama garam, gula dan cili kisar/cili boh, gaul rata.Panaskan sedikit minyak bawang putih dan tumis bahan-bahan kisar tadi sehingga agak-agak kering dan berbau wangi. Sejukkan.
Kemudian ambil ikan dan susun didalam aluminium foil. Kalau ada daun pisang lapikkan dahulu dengan daun pisang untuk lebih wangi. Lumurkan bahan kisar yg telah ditumis tadi. Letakkan bendi/ sayur ikut citarasa. Tapi aku tak letak sbb terlupa nk belu bendi. Kemudian tutupkan aluminium foil seperti gambar. Lipat kemas2.
Kalau suka bakar boleh bakar, tp aku takde tempat sesuai untuk bakar so..aku masak atas frying pan di atas api kecil..
Biarkan sampai masak, agak 4 5 minit sampai aluminium aku mengelembung haa. Pastu boleh angkat la.
Masa hidang boleh belah tengah aluminium foil tu kemudian perahkan limau nipis dan bahan2 ikot citarasa. Nak hias ngn cili merah ke, bawang ke. Ikut suka laa.
Pastu dah boleh makan. Haaa selamat mencuba okey. Kalo tak sedap sndiri ubah bikin bagi sedap la.








-JP VAVAVOOM-