Friday 7 June 2013

KORN - Falling away from me.







I've been going through some hard times lately but, I really enjoy watching this videos, this little kid really make my day,, hahahahha. At least bole la lupakan semuanya tu for awhile. budak ni very good looking, cutteeeee, so emotional, this kid is incredibly rock, bravoo. gewaaaammmm laaaaa!!


-JP VAVAVOOM-

Wednesday 5 June 2013

Twitter : Statement on the resignation.


I resign && I’m soooooooooodone with 'what-i-was-doing-before-this'! 

 I dont even know what yet, but i'm going to do SOMETHING bigger and better.. #OPTIMIST 


I've always wanted to inspire positive change and hope in Malaysia's youth but never had the guts to do it... At this point in my life, I was always very ambitious and dreamed of doing something new that will change lives for the better. and I think, to send my resignation letter is the first step to pursue my dreams.. gambatehhh nnee..


..Stay tuned to my BLOG..



-JP VAVAVOOM-

Tiket parking kereta paling mewah.


Tiket parking kereta hilang? Jangan penik!

uhhh silap besarrr la korang penik if tiket parking kereta hilang kalau parking kereta dekat LCCT.

situasi penik sebenar-benarnyaaa kalau korg masukkan tiket kat mesin dia pastuu tenteraaaaaa 'nombor pelik-pelik'.

ni pengalamann diri sendiri, depan mataaaa.. kaku keras depan tu, speechless..

Tiket parking kereta termahal pernah kene..

Kalau siapa tak nampak boleh DOUBLE-CLICK kat image tu la..

p/s : haiihh terkono, terkonoo.. Aku rasa la kan, kalau korg terkene macam ni jugak, SILA-SILA la sorok tiket parking kereta buat-buat hilang. DENDA RM50 jee.. bernass tak? bernaaaass kan? hahahha. (nampak beno baru pertama kali parking kereta kat LCCT)

**Sebelum ni aku cukup takut nak parking kereta dekat KLCC**



-JP VAVAVOOM-

[Cuti2] : Mabul, Sabah (Part II)



Day 1

Untuk hari pertama sampai pon dah pkl 3 ptg so memang tak banyak aktiviti sangat, sebelum sampai pulau tu sempat jugak la ronda-ronda pekan Semporna, jadi lebih nya tido sbb terlampau letih. Dinner malam baru la sempat berkenalan dengan pelancong lain, beramah mesra dengan Abang Jeff. Malam tu kami makan lauk ikan je, ikan gulai, ikan goreng dengan sayur kobis. Aku memang kurang gemar sangat ikan tapi mungkin haritu terlalu lapar dan tak banyak choice jadi lahap je la pe yang ade depan mata. Tak dinafikan ikan fresh mmg BEST! (tetibe mcm suke ikan lak). First sekali kami sampai ptg tu, Felecia assistant Abang Jeff dah brieft sket la, Do and Don't. So tak banyak sgt rules. First sekali brief waktu makan, biase la kita kat semenanjung makan ikut suka kita je, tapi kalo dah kat sni kene ikot time dorang la.. Pastu kami di beritahu elektrik ada sebelah mlm sahaja 6ptg-6pagi. So pandai2 la jimat bateri hp, camera semua la. Kalo dpt hp cam aku 4 jam dh kene charge maknenyer mmg bila hp mati hidup terumbang ambing la, but bila pdg positive, at least aku sebenarnya ada banyak masa untuk diri sendiri dan dapat mengenjoykan diri semaksimum mungkin bila terputus hubungan dengan dunia alam maya. Takde la sebok2 nk upload kat pesbuk, nk tweet2 bagai kan. Kurang lah jeles member2 disemenanjung tu. Ni bukan pertama kali aku sampai Sabah, jadi aku tak de la JET LAG sangat kalo pkl 5ptg lebih dah gelap, cuma bila malam pkl 8 tu semua dah masuk tdo aku mcm tak biasa sgt la, kalo kt KL pkl 4 pagi pon lom tentu tdo haa, so malam tu Abang Jeff ajak lepak la, bersembang la itu la ini la, tak sedar dah pkl 12 lebih, tapi time tu kalo kt KL dah mcm 3pagi ade kot. Atas nasihat Abang Jeff dia sarankan supaya dapatkan cukup rehat sebabnya esok aku nk scuba. wahh aku excited weeh nk dive heheheh :) SERIOUS ABG JEFF memang best layanan dia kt sumer guest memang TIP TOP. Walaupon guest house dia budget, tapi apede hal kalo owner sendiri dtg hiburkan kita.


Day 2

 Tak tahu la kenapa aku boleh pulak bgn pkl 5pg, bukak tingkap,, waahhh dah mcm pkl 7pagi waktu semenanjung. Aku keluar bukak je pintu bilik terus nampak air jernih membiru, tgok xd sorang guest pon dah bangun agak BEST la jugak hirup udara pagi sorang2. Kalau pagi2 air pasang so mmg keinginan untuk terjun tu tak payah cerita la. sepantas kilat aku buat aksi 'Pandelela Rinong'. Kalau mak aku ade kompem ayat kuar dr mulut dia "dah mcm anak jantan". kompem.. kompem.. Yang sakan sangat tu sebab nyer guesthouse Abang Jeff ni, atas permukaan air. Menang syiiook laa, tak kira daa dalam ke tak.. janji boleh terjunn.. terjunnnnnnn..........

Berenang-renang ke hulu berenang-renang ke hilir baru teringat aku tak gosok gigi, tak cuci muka pon lagi. tgok jam baru pkol 6.30pg. wahh keje gila ni kalo kat semenanjung subuh-subuh dah terjun laut. lol. Ade la guest lain pon join sekali. Pkl 7 lebih camtu bekpes.. tapi aku gosok gigi dulu la.. kang korg kate aku pompuan selekeh lak...

Tapi cuaca pagi tu mendung, tengah bekpes tetiba hujan ribut 15 minit, risau lak sbb planning nk snorkel la dive sumer pagi ni. mesti kene postpone. Abang Jeff cakap tu 'hujan-lalu' je tu. Lepas hujan berenti, ade view best lak. Tak pernah seumo hidup aku tengok Pelangi dari pangkal hulu ke pangkal hilir (full) tapi pagi tu kuasa tuhan DIA menunjukkan kuasanya aku berpeluang la tgk. Kagum sgt.. Aku pon senyum gembiraa hehehe leh la teruskan apa yang dirancang...



Abang Jeff, my SIFU aka OWNER tempat ni.

Cuaca makin lama makin baik, makin cerah. Pastu kami mulakan aktiviti pertama g snorkeling. Sesudu Garden/Paradise ngn Lobster Wall tapi xbyk sgt coral dia. Ikan pon tak sejinak cam kat pulau semenanjung. agak kecewa sikit la.. Pendek citer pagi tu memang dari satu tempat ke satu tempat la kitaorg snorkeling tapi org ckp ehh.. bukan aku cakap, Semporna kalo snorkeling memang tak best! kene selam jugak.

Lepas lunch baru la bergerak ke destinasi untuk dive. waahhh lepas Abang jeff bagi sedikit brief kami pon menuju ke destinasi. againn.. terlupa lak namenyer.. tapi tempat tu memang pemes untuk beginner cm aku ni.. (nnti korg g la research sendiri k) Untuk org yg mmg xd diving lesen ni sgt la excited dgn Pakej yang di offer. "DISCOVERY SCUBA DIVING" oleh Abang Jeff. so kalo korg-korg pon takde lesen boleh la cuba, dengan pendedahan tu rasenyer mesti korg pon EXCITED nak mati nk amik lesen Open Water Scuba Diver. 

Ade orang takut sbb tak tahu berenang, uhh korg jgn risau. Scuba tak yah susah2 la mcm berenang. Aku yg tau berenang (bkn profesional sgt) ni rase scuba lagi best! takde la semput sgt nk curik2 nafas, haa kau sedut kau hembus je dlm laut tu, xd lemas nyerr. serious ni!

Dari sudut aku snap pic ni actly VIEW dari pintu BILIK AKU. Bukak je pintu memang rase nak TERJUN kan kan kannn.. hahahahha

ni la muka makcik yg terover excited lol

    *TIPs: Kalo baru turun Flight, sekurang-kurangnya perlu rehat secukupnya sebelum scuba. Tapi Kalo nak balik pulak, lepas scuba sekurang-kurangnya perlukan 18 - 24 jam rehat sebelum Flight balik.*

sepanjang hari memang berendam je la. ALL OUT gitu... pas balik dive lepak2 kejap pastu aku sambung lagi berenang-renang ala DUYUNG. Kalini aku tak terjun lompat2 sangat sebab ade guest baru sampai kat guest house Abg Jeff tu. Dekat pkl 6 baru kuar dari air. Gila kau ni tak bagi 'can' buat mcm esok takda pulak.  tapi memangg puasss... kulit pon dah tukar kaler jugakkk..

Yg comel tu : Alisya, anak guest situ jugak. Dah mcm famili dok sana. agak2 letih nk posing paut pada anak duyung tu la..
Dari atas tu la tempat biase guest main terjun-terjun.. mmg berkenan la aku tempat cmni, agak2 panas terjun je la..
Kat sini memang banyak berjuta-juta melon 'tapak sulaiman'. ceehh anak bajau ni posing lebih aku lak! choi..
Kat sini aku dah der kawan baru aka macam famili da nk g mane sumer sekali.. Aku jumpe sepasang kapel yg tgh bulan madu, sembang sembang tapi xtau nama, hahahah. Pastu aku kenal satu famili 'teror-renang' dr JB dari bapak, mak, anak (Alisya gambar kat atas td) sumer pantang nampak air, yg kagum tu anak dia bru 5 tahun tapi campak la laut dalam muke slumber.. So memang geng la.. Pastu aku berkenalan lak dengan pasangan romantik doktor gigi dan suami. Dr Ana & Amir Yang ni aku rapat la kebetulan flight balik KL kitaorg sama so nnti leh tong-tong sewa taksi ke kan.. dorg ni lebih kurang baya aku jek so ngaamm sgt. Guests yang selebihnya group student IPT rasenyer sbb dorg dok dalam group jek xsosial lgsg. Aku senyum2 tegur2 gitu je la..

Terlupa nk cerita, kat sini tetiap pagi ade 'direct-selling'. ha bukan mcm MLM tu tapi nelayan/orang laut dtg ke guest house dengan sampan jual2 hasil tangkapan laut kat pelancong2 yang "jakun" makan seafood. tapi memang MURAH NAK MAMPUUSSSSSSSS. ce gtau aku kat mane nak dapat kalau IKAN KERAPU RM1(sekor), KERAPU MERAH RM5 (3 ekor), KETAM RM20-RM15(5 or 6 ekor), IKAN PARI sebesar talam RM5 dan bermacam-macam jenis ikan yang aku sendiri pon xtau laa.. Terus terang aku cakap tiap kali dorg dtg nk jual2 aku rase nk beli jee semua.. tambah ketam... mmg paberet laa. tapi nk makan semua tu kene planning, hari pertama beli ketam, hari kedua beli ikan lain, hari ketiga beli ikan lain.. dan seterusnya la.. merasa la makan semua...


Asalnya malam kedua dekat pulau ni nak buat BBQ sendiri, so kami merantau ronda kampung malam-malam cari arang, minyak tanah.. tapi lain pulak jadinya bila kami selisih dengan orang kampung yang kebetulan mase tu pon tgh buat BBQ. Kat pulau tu susah nak dapat arang, dorg masak semua guna kayu la kebanyakkan nya. Nak cari kayu malam-malam memang mustahil la kan, jadi kami berhajat nak tumpang sekali la BBQ tu, tapi bayar la upah. Memang seronok dorg, sbb nilai duit walaupon RM10 kat sini besar.



Hari tu mmg terlampau letih pas melantak, sembang-sembang tu terus masuk tdo dan berdengkuurrr zzzzzz.


Day 3

Macam biasa mata aku akan automatik terjaga bila pkl 5 pg. Dah terang kan, mmg mind set aku nk jadi kan habit selama kat sana. Bangun je terus terjun! hahahaa :P

Kebetulan pagi tu tengah2 seronok mandi manda, berenang-renang, sebenarnya kami berenang dengan Encik Penyu sekali. Menurut Abang Jeff, dekat depan guest house tu memang setiap pagi jadi R&R sang PENYU. Pagi tu je aku sempat terserempak dengan 3 ekor penyu. Dulu aku teringin nk tgk penyu, RANTAU ABANG, segala rantau aku cari tak jumpa lak tapi kat sini senaggggggg gilaaa la nak jumpa, bukan KITA cari dia, tapi dia yg cari KITA.. kelasssss.. haaa

hensem laaa bole berenang together2 kann... seiring sejalan...
So aktiviti siang hari pas bersosial dengan penyu-penyu tu, tak berapa banyak sangat. Aku ngn 'famili baru' aku merancang untuk melawat orang-orang kampung, tak puas sembang-sembang malam tadi smbung pagi ni lak. Pastu plan nk lepak-lepak ronda-ronda je la. Masa ni la aku ambil kesempatan bermesra dengan orang-orang kampung ni. Dorang ni friendly sgt, makin lama aku kat sini makin rasa bersyukur dengan apa yang Tuhan dah bagi pada aku ngn famili. Kalau korg yg suka merungut segala benda tu patut sgt dtg ni, serba kekurangan serba daif. aku ingat kalau aku berkesempatan dtg sini lagi, memang aku nk derma baju-baju yg adik-adik aku tak guna. Kalau kat semenanjung aku tak tahu la kalau ada kampung yang mcm ni lagi.


Makcik sewel lagi gedik, sila abaikan perangai tidak senonoh nii...

"Nama ayam tu ape?"  "Ayam la" okeyyyy


BANANANA!!! Kids Rules

Sian pulak yang tersepit xmasuk frame camera haa.. letih posing jaa. ape la camera man ni.
PRU 13, BN menang yeaa! siap conteng kat dinding rumah gituu...
sgt teror okeyy! :)
Anak bujang melepak kedai kopii oiii.. usha awekk leetteewww
Sumber pendapatan orang-orang kampung kat sini opp koz la seratus peratus daripada hasil lautan aku rasa sbbnyer tak nampak pulak hutan ke ape. kalau tak pon kemungkinan ade yang keje dekat resort2 ni.. Sepanjang ronda-ronda kampung tu memang banyak la rumah-rumah yang jual seashell, mutiara semua. Tapi sebab mende tu sumer agak mahal sket so aku cuci mata je la. Nk cari mutiara sabah tu aku plan balik nanti nk singgah pekan Tawau.

Dalam gambar ni aku nampak sangat comel dan tinggi. m0aakakakka


Day 4

Hari ke empat aku memang takde plan. Sebab aku ingat macam nk bersantai, sun burn je la. nk tanning kan kulit la kunun nyer, tapi tak boleh tahan sebab panaasss gilaaa. sampai laut keringg wehhh.. tak tipu punyaaaa...

Paras air laut depan bilik aku dah tahap betis ke buku lali.. memanggg sgttt hotttt. Jadi aku dok melepak layan Abang Jeff main gitar sembang2 je la..




Selute, dah la tengah panasss boleh pulak berjemurr cmtu..
4 hari 3 malam sudah aku berada di ScubaJeff ni, niat nak extend night la tapi disebabkan ScubaJeff ni pemes so memang full house. Masa booking haritu aku booking untuk 4 hari 3 malam je. Ingatkan aku sorg je yg kene check out ritu sekali Ana and her hubby pon sama kes macam aku. pikir punya pikir, kami plan nk turun Semporna la haritu kemudian bermalam di Tawau tapi terpaksa batalkan plan tu sbb mcm malas nk kuar pulau and dgr cerita pekan Tawau memang xd ape sgt. Setakat shopink2 tu je la.. So bincang dengan Abang Jeff kami terpaksa menginap di guest house Arung Hayat' jiran ScubaJeff". memang sebelah2 je la.




Lepas lunch kami pon check out untuk check in ke guest house sebelah. Yang best nyer, walaupon kami bukan lagi guest kat ScubaJeff tapi Abang Jeff still mgajak makan dan lepak2 kat tempat dia jugak.Sayang benooo laa kat aku ni.. (pasan). Satu yang aku puji pasal ScubaJeff sebab dari mula aku ngn guests lain sampai, Abang Jeff memang layan aku ngn guests lain macam keluarga la. Secara tak langsung aku dengan guests lain pon makin lama makin rapat. Bukan mcm setengah resort or guesthouse. "KAU check IN pandai-pandai kau laa nk hidup. Buat hal masing2." Lagi satu mungkin guesthouse Abang Jeff tu sendiri buat aku ngn guest2 lain senang nk bertegur sapa. ala-ala macam DOOM la tempat ScubaJeff ni, Dia ada bilik-bilik tapi korg kene DATANG AND RASA SENDIRI.. hahahhaha..




Malam terakhir di mabul..







Day 5


shopink kologen tuk bonda aku.. PASAR BESAR TAWAU

ikan kering, sotomg kering pon banyak..

shopink mutiara sabah kat PASAR GANTUNG TAWAU



Pulau Mabul - terletak hanya kira-kira 15 minit perjalanan menggunakan bot laju dari Sipadan. Mabul diiktiraf sebagai tapak selaman "muck-diving" yang terbaik di dunia, salah satu destenasi tunggal yang terkaya dengan hidupan laut kecil yang eksotik. Sotong berwarna-warni, kurita bergelung biru, kurita mimik, gobies dan frofishes di mana-mana, begitu juga moray, belut ular dan keseluruhan keluarga ikan scorpions.Mabul ialah tapak makro yang ajaib! Keindahan Mabul dan Kapalai juga akan menggamit pelawat-pelawat lain yang bukan penyelam. Terdapat Tiga tempat peranginan di Pulau Mabul dengan yang keempat merupakan pelatar minyak lama yang telah diubahsuai. Copy dari sini.

Sambungan entry daripada [Cuti2] : Mabul, Sabah (Part I)



-JP VAVAVOOM-

Tuesday 4 June 2013

[Cuti2] : Mabul, Sabah (Part I)


Orang cakap kalau terlalu sukkerrrrr sgt dengan pulau, laut, dan sekutu dengannya wajib la sampai ke Semporna dulu sebelum ke Bora-bora. Memang femes la dengan keindahan hidupan
taman laut, air jernih, best snorkelin, best scuba sumer sumer laa.. So setelah sekian lama menyimpan hasrat untuk ke Semporna Sabah, akhirnya aku sampai juga. Bole la eksyen2 jugak kat semua orang haa..

Aku bukan la jenis yg mewah-mewah sgt so sbagai backpacker mesti la budget. memang semua aku dah rancang lebih kurang 8 bulan aku buat plan, yg best nyer kebetulan aku bukak website #AIRASIA ade buat 'ZERO PROMO" terus la booking. so dah saving tiket sket. 

Kalini mmg aku nk holiday sakan dari 8/5/2013 sampai la 12/5/2013. Merase la 5 Hari 4 Malam. Jadinya aku ambik flight dr KL-TAWAU, *Tips: ambik flight paling awal 7 pagi lebih mudah* so aku sampai Tawau lebih kurang pkol 10 pg. Perjalanan ambil masa 2 jam 40 minit macam tu la. Dari Airport Tawau ke Semporna memang kene naik kereta sewa/teksi je, cost dia lebih kurang RM100 berbaloi la jugak sbb perjalanan 40 minit - sejam cmtu jauh la jugak . memang pening kepala la duit melayang tapi kebetulan nasib aku baik aku sampai je ader bus travel yang angkut pelancong 'mat saleh', so dengan ringan mulut aku selumber tanya nk join sekali. Nasib pakcik tu OK tp dia charge RM20, selamat la jugak duit aku dr melayang RM100. Kalau pergi dengan keluarga berbaloi la naik teksi RM100 tapi kalo macam aku ni, rugi tu terasa smpai raya tahun depan la. 

*TIPS utk org yg xtau cmner nk g mabul : KL-TAWAU, TAWAU-SEMPORNA, SEMPORNA-MABUL. Jgn ambil Flight KL-KK pulak*


Sebab aku ni cloud watcher, so wajib la amik gambar awan2 yg indah. Bukan selalu dapat terbang tinggi ni :)


Aku sampai Semporna dalam tgh hari, xsure pukul berapa, terus aku pergi ofis abg SCUBAJEFF. Lepas buat bayaran semua aku pegi la lunch, order mee goreng basah, tapi aku tak tau la style dorang punya mee goreng basah macam kuehtiow kungfu kat semenanjung. Habis nya aku xmakan la lunch tu. setakat ratah2 isi2 ayam udang je la. Muka je cina tapi tak gemar makanan kungfu2cmtu.

Dalam pukul 2ptg camtu aku naik bot pegi ke Pulau Mabul, uhh kumain excited walaupon letih tapi peduli ape aku. nasib tak berapa baik sgt sbb time tu dr semporna lagi cuaca mendung, hujan rintik-rintik. So dalam perjalanan bot ke pulau tu kene la tempuh hujan lebat. Al-Maklom la kalo naik bot kecik time hujan mmg best, boleh jahanam sistem peranakkan. Dia punya ombak memang tak bagi can, sejukk pon boleh tahan, mengigil... bontot boleh lunyai. Niat sampai2 nak terjun laut tu terpaksa simpan dulu. Sampai pulau ader la dalam pukul 3ptg.

Sampai-sampai je cuaca dah cerah tak de la hujan, lepas check-in terus tdo tak ingat dunia. Tapi sebelum tu sempat la ngorat-ngorat anak bajau yang eksyen bersampan depan aku. waahhh dah meleret sgt ni..cukup la dulu untuk dikongsikan buat korang-korang yang nak tau mcm mana nk ke Mabul. nnti aku sambung kat entry lain lak yer :)

Lagi cerita lanjut pengalaman aku bersambung di  [Cuti2] : Mabul, Sabah (Part II)

Anak Bajau. Sampan. Air jernih.




*mutu gambar tak berapa memuaskan, harap maaf. ;p *


-JP VAVAVOOM-

..al-kisah..

haa, excited lak bila ade blog baru. hee aku ni semangat tahi ayam. kejap je panas, pastu sejukk beku.. harap semangat untuk berkongsi cerita kisah hidup aku ni berterusan lah.

untuk pengetahuan semua, yg ni sebenarnya blog aku yg keDUA. Bukan ape yg first dulu aku boleh terlupa password ngn email sekali. malas gile nk pikir tu yang amik jalan mudah buat blog bru.

kalo rajin nk godek-godek blog yg lama tu bole la melawat :   Just Be You TiFull 

lagipon aku berazam buat blog baru ni sbb aku dah ubat matlamat hidup aku. aku nak mulakan semuanya baru.

nk mengulas jugak kali ni aku guna name JP VAVAVOOM. sebut betul-betul JP VA-VA-VOOM. hahaha ala2 citer TV3 Tipah vavavoom !! gitu... 

so jgn jelesss laa..  ;)

SALAM PERKENALAN OKEY!

-JP VAVAVOOM-


.. you decide..

: ( :










-JP VAVAVOOM-