Tuesday, 9 July 2013

Ayam Masak Halia style Bujang

Esok dah puasa. So lunch harini rase malas gila masak cincai2 je.
Bukak peti ais nampak ade ayam. Hmm mula2 pikir nk masak sup tp malas nk cri spice. So nampak bawang, halia ok laa buat ayam masak halia. Simple ala org bujang la. Selamat mencuba.


BAHAN-BAHAN

4 5 ketul ayam. Dipotong kecil, takpon potong la cmner nk potong pon.
Sebiji Bawang merah
4 5 ketul Bawang putih (kalo aku suke letak byk bau wangi)
Halia (besar ibu jari tangan boleh, kaki pon boleh)
2 biji Cili merah
Minyak masak
3 camca teh Sos tiram
Daun limau purut (yg ni ikot suke xyh letak pon xpe. Sbb kalo terlebih letak nanti rasa halia tenggelam)

Ayam masak halia ni simple je. Cincang2 semua. Potong la cmner nk potong pon.



CARA-CARANYA

Mula-mula panaskan kuali, isi minyak pastu tumiskan bawang merah, bawang putih, dgn halia sampai bau wangi jgn sampai rentung.


Agak2 dah kuning cantik, masukkan ayam. Biar api perlahan dalam 10 minit.


Lepas tu, masukkan sos tiram. Kacau sampai rata. Biar mendidih sikit. Rasa, kalau tawar boleh tambah sos atau garam. Tapi jgn over. Yg penting rasa halia tu dijaga. Kate pon ayam masak halia. Biar rasa halia tu ade.


Dah masuk kan semua, biar sekejap. Kalau suke letak la daun limau purut. Kalau nk pedas mase ni la masukkn cili padi sukati la bpe byk korg nak. Masukkn cili merah untuk serikan warna. Biar seminit dua pastu tutup api. Dah siap.

Sebelum makan bace bismillah okey. Chow...
.