Tuesday 4 June 2013

[Cuti2] : Mabul, Sabah (Part I)


Orang cakap kalau terlalu sukkerrrrr sgt dengan pulau, laut, dan sekutu dengannya wajib la sampai ke Semporna dulu sebelum ke Bora-bora. Memang femes la dengan keindahan hidupan
taman laut, air jernih, best snorkelin, best scuba sumer sumer laa.. So setelah sekian lama menyimpan hasrat untuk ke Semporna Sabah, akhirnya aku sampai juga. Bole la eksyen2 jugak kat semua orang haa..

Aku bukan la jenis yg mewah-mewah sgt so sbagai backpacker mesti la budget. memang semua aku dah rancang lebih kurang 8 bulan aku buat plan, yg best nyer kebetulan aku bukak website #AIRASIA ade buat 'ZERO PROMO" terus la booking. so dah saving tiket sket. 

Kalini mmg aku nk holiday sakan dari 8/5/2013 sampai la 12/5/2013. Merase la 5 Hari 4 Malam. Jadinya aku ambik flight dr KL-TAWAU, *Tips: ambik flight paling awal 7 pagi lebih mudah* so aku sampai Tawau lebih kurang pkol 10 pg. Perjalanan ambil masa 2 jam 40 minit macam tu la. Dari Airport Tawau ke Semporna memang kene naik kereta sewa/teksi je, cost dia lebih kurang RM100 berbaloi la jugak sbb perjalanan 40 minit - sejam cmtu jauh la jugak . memang pening kepala la duit melayang tapi kebetulan nasib aku baik aku sampai je ader bus travel yang angkut pelancong 'mat saleh', so dengan ringan mulut aku selumber tanya nk join sekali. Nasib pakcik tu OK tp dia charge RM20, selamat la jugak duit aku dr melayang RM100. Kalau pergi dengan keluarga berbaloi la naik teksi RM100 tapi kalo macam aku ni, rugi tu terasa smpai raya tahun depan la. 

*TIPS utk org yg xtau cmner nk g mabul : KL-TAWAU, TAWAU-SEMPORNA, SEMPORNA-MABUL. Jgn ambil Flight KL-KK pulak*


Sebab aku ni cloud watcher, so wajib la amik gambar awan2 yg indah. Bukan selalu dapat terbang tinggi ni :)


Aku sampai Semporna dalam tgh hari, xsure pukul berapa, terus aku pergi ofis abg SCUBAJEFF. Lepas buat bayaran semua aku pegi la lunch, order mee goreng basah, tapi aku tak tau la style dorang punya mee goreng basah macam kuehtiow kungfu kat semenanjung. Habis nya aku xmakan la lunch tu. setakat ratah2 isi2 ayam udang je la. Muka je cina tapi tak gemar makanan kungfu2cmtu.

Dalam pukul 2ptg camtu aku naik bot pegi ke Pulau Mabul, uhh kumain excited walaupon letih tapi peduli ape aku. nasib tak berapa baik sgt sbb time tu dr semporna lagi cuaca mendung, hujan rintik-rintik. So dalam perjalanan bot ke pulau tu kene la tempuh hujan lebat. Al-Maklom la kalo naik bot kecik time hujan mmg best, boleh jahanam sistem peranakkan. Dia punya ombak memang tak bagi can, sejukk pon boleh tahan, mengigil... bontot boleh lunyai. Niat sampai2 nak terjun laut tu terpaksa simpan dulu. Sampai pulau ader la dalam pukul 3ptg.

Sampai-sampai je cuaca dah cerah tak de la hujan, lepas check-in terus tdo tak ingat dunia. Tapi sebelum tu sempat la ngorat-ngorat anak bajau yang eksyen bersampan depan aku. waahhh dah meleret sgt ni..cukup la dulu untuk dikongsikan buat korang-korang yang nak tau mcm mana nk ke Mabul. nnti aku sambung kat entry lain lak yer :)

Lagi cerita lanjut pengalaman aku bersambung di  [Cuti2] : Mabul, Sabah (Part II)

Anak Bajau. Sampan. Air jernih.




*mutu gambar tak berapa memuaskan, harap maaf. ;p *


-JP VAVAVOOM-

No comments:

Post a Comment